Wednesday 21 August 2019

I'm back.

22 August 2019
1:26 pm Thursday,

Assalamualaikum, sahabat dunia blog-ku. Rasa dah hampir tiga tahun AN tak update kat blog nie. Dalam tiga tahun tu macam-macam jadi dalam hidup AN. Betullah orang kata "Bukan hidup kalau tidak diuji." Kalau boleh patah balik ke masa silam. Sumpah AN rasa nak ubah semua jalan hidup AN. Tapi benda dah berlaku. Hidup nie ibarat sudah jatuh ditimpa tangga je. AN positif kalau AN tak mampu ubah kisah silam AN, AN akan ubah masa depan AN.

Orang takkan pernah tahu susah perit kita nak bangkit dari kejatuhan. Orang takkan pernah tahu jatuh bangun kita sebab nak keluar dari dunia yang penuh dengan zaman kejahilan kita. Yang orang nampak kita nie jahat sebab satu kesalahan yang pernah kita buat. Manusia memang tak adil. Tapi Allah maha Adil. Itu yang membuatkan AN kuat.

Alhamdulillah janji Allah itu pasti. Akan ada kebahagian selepas kesedihan. Insya-Allah, lagi beberapa bulan AN akan berkahwin dengan insan yang tak perlu putus asa dengan AN. Serious macam tak percaya je tau. AN rasa mcm AN nie budak-budak lagi tau. Yelah baru 21 tahun kot. Dah nak kahwin. Nak kena galas tanggungjawab sebagai seorang isteri dah. AN pernah jugak tolak bakal suami dulu. Tapi kalau Allah dah tetap jodoh AN sampai awal nak buat macam mana kan. Kita terima je laa. Hehe, gelak gedik nie padahal dalam hati suka 😂

Biasa laa ujian nak tunang, ujian sebelum nak kahwin dengan selepas kahwin nie lain. Masa tu kot Allah nak uji tahap kesabaran masing-masing. Serious AN rasa AN terlalu sabar. Tak tahu dari mana datang kekuatan tu. Maybe sebab doa mak abah. Nak AN kuat. Mak abah je tahu AN nie macam mana. Cepat sangat down tau. Sekarang Alhamdulillah kalau stress pun boleh control lagi daripada dulu. Nasib tak sampai tahap depression lagi. Padahal dulu AN yang selalu motivate orang 🤣

Takpe laa uolls, saja AN nak buat luahan hati kat sini. Dah blog nie pun dah makin berhabuk kan 🤣 ada masa AN update story lagi ye. Assalamualaikum 🌟

The only one daisy,
Ain Nafiza

No comments:

Post a Comment