Monday 17 June 2013

Mengapa ikan tak ada lidah?

Assalamualaikum..

Baru AN teringat yang hari tuu ada seorang penulis novel tanya pada kawan-kawannya 'Mengapa ikan tak ada lidah'. AN tengok macam-macam jawapan yang dia orang kasi. Ada yang kata sebab ikan tak kunyah makananlah.. semua jawapan yang dia orang bagi tuu semua salah.. kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang just baca ayat dibawah ni ye.. Semoga apa yang AN bagi dekat korang ni memberi manfaat buat semua yang membaca ni.

Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.”Pabila di tanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi ,iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.” 

P/s : Mahasuci Allah luasnya ilmuMu..

Saturday 1 June 2013

Benci Tapi CINTA- BAB 2

IZNI duduk dikatil sambil memikirkan nasib dirinya. Mengapa semua ini harus berlaku kepada dirinya? Kenapa bukan orang lain? Haruskah dia menolak takdir yang Allah tentukan. Izni beristighfar kerana kelalaiannya terhadap Allah. Mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Allah. Bunyi mesej masuk telah mematikan lamunannya. Dia berlari anak menuju ke meja solek untuk mengambil telefon bimbitnya. Dia melihat satu number yang tidak dikenalinya. Dia membaca mesej itu dengan perasaan yang tertanya-tanya.

  Jikalau kita tidak mampu menjadi pensil warna untuk melukis kegembiraan seseorang. Cubalah menjadi pemadam yang boleh memadam kesedihan seseorang.

 “ Aikk, siapa pulak yang hantar ayat jiwang dekat aku ni? Dia ingat aku jenis yang berjiwang kot? Atau dia ni silap hantar mesej?” bisik hati Izni. Tidak lama kemudian, Izni membalas mesej tersebut.

   Assalamualaikum, awak ni siapa dan saya rasa awak silap hantar mesej la?

Beberapa minit kemudian bunyi bip menandakan mesej sedang masuk..

   Andai kau dapat melihat hatiku..andai saja kau dapat membaca fikiranku.. betapa ruang jiwaku penuh dengan bayanganmu yang sentiasa menghiasi hari-hariku..

“ Lah, aku bukan nak ayat jiwang karat kau tapi aku nak tahu kau tu siapa.”marah Izni pada orang yang menganggu hari minggunya. Izni membalas mesej tersebut dengan mesej yang seakan sama dengan mesej yang di hantar tadi.

   Awak ni siapa dan saya tak kenal awak. Stop hantar ayat jiwang pada saya! Geli tau!

Selalunya lelaki yang hantar ayat jiwang macam ini pada perempuan. Pasti lelaki itu sedang menghantar mesej untuk teman wanitanya tetapi terdail numbernya. Izni berkira-kira hendak menghantar sesuatu pada lelaki itu tetapi baru sahaja dia hendak menekan butang send, mesej dari lelaki itu masuk. “ Ishh, dia ni, baru aku nak hantar mesej. Sibuk sungguhlah dia ni.”

   Saya merindui seseorang yang tak pernah merindui saya.. dan ternyata ia amat menyakitkan hati..


SUDAH berhari-hari Izni diganggu oleh number yang tidak dikenalinya dan sudah berhari-hari juga dia stress disebabkan mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Lelaki itu seperti mengenalinya tapi siapakah lelaki itu? Pernah sekali Izni menerima mesej dari orang yang sama dan lelaki itu mengakui bahawa dia mengenali Izni. Setahu Izni, dia jenis perempuan yang tidak bergaul dengan lelaki melainkan seseorang itu. Kalaulah teman lamanya itu mengenalinya, tapi mengapa dia tidak memberitahu secara berterus-terang. Dia benci dipermain sebegitu.

“Hai, anak papa. Mengelamun jauh nampak. Baby nie duduk rumah je, bukan buat apa-apapun. Kalau tolong bibik dekat dapur kan bagus,”sergah Encik Shahril pada Izni yang sedang enak berbaring di sofa itu.

“ Ohh, mak kau jatuh longkang keluar longkang! Papa ni suka bagi baby terkejut tau, Kalau baby ada sakit jantung macam mana? Papa suka baby mati?” marah Izni sambil mencium tangan papanya. Walaupun dia marah pada papanya tetapi rasa hormat pada orang tua itu tetap ada. Izni sedar bahawa tanpa mama dan papanya siapalah dia.

“Alah, anak manja papa ni tak akan mati terkejut pun. Lagipun siapa suruh mengelamun jauh sangat.” bidas Encik Shahril.

“ Yalah-yalah, baby tahu baby yang salah,”balas Izni seakan merajuk.

“Ishh, baby ni cepat sangat nak merajuk. Papa bergurau je. Takkan itu pun nak terasa. Hmm, baby dah fikir masak-masak tentang perbincangan kita hari tu?,”soal Encik Shahril dengan perasaan takut-takut. Masakan dia tidak takut, andai sahaja Izni menolak permintaannya itu. Habis syarikat dan keluarganya macam mana?
Izni terkejut dengan apa yang dikatakan oleh papanya itu. Dia mendiamkan diri seketika dan tidak lama kemudian dia mengangguk kepala tanda bersetuju dengan permintaan papanya.

“ Baby buat semua ni demi syarikat dan keluarga kita. Kalau tak ada syarikat macam mana papa nak sara keluarga ni. Mana kita kita nak dapat duit. Lagipun perkerjaan sekarang susah nak cari,”luah Izni ikhlas.

Encik Shahril mengakui bahawa ada benarnya apa yang dikatakan oleh Izni sebentar tadi. Dia tidak sanggup kehilangan semua itu.

“ Terima kasih sangat-sangat sebab baby sanggup tolong papa walaupun hal ni melibatkan masa depan baby sendiri. Kalau tak ada baby, papa tak tahu macam mana keluarga kita sekarang. Pasti sudah merempat,” luah Encik Shahril sayu.

“ Papa,”panggil Izni lembut.

“ Kenapa baby”

“ Baby minta maaf sebab hari tu baby ada marahkan papa. Baby tahu baby tak sepatutnya marahkan papa. Baby ni anak yang terlalu pentingkan diri sendiri. Tak pernah fikir pasal keluarga macam papa fikirkan pasal keluarga kita,” luah Izni dengan suara yang lirih.

“ Alah baby ni, macamlah tak kenal papa. Papa faham perasaan anak papa. Mana ada perempuan yang mahu dikahwinkan dengan lelaki yang tidak dikenalinya, kan? Tapi mahu tidak mahu terserah pada diri seseorang itu sendiri,” jelas Encik Shahril pada Izni. Dia cukup bersyukur kerana Izni tidak menolak permintaannya.

“ Terima kasih papa sebab faham perasaan baby,” ujar Izni.

“ Ehh, dalam rumah kita ni ada kerbaulah. Baby perasan tak?,”soal Encik Shahril.

Kebau? Izni cuba mengerti apa yang dikatakan oleh papanya sambil jari runcing itu mengetuk kepalanya beberapa kali. Kini barulah dia mengerti yang sedang dikatakan oleh papanya itu. Papanya itu sedang menyindirnya. Tidak lama kemudian bergegar banglo Encik Shahril dengan jeritan Izni.

“ Papa!,” jerit Izni lantang.

“ Sampai hati papa gelar Izni kerbau. Mentang-mentanglah kita ni tak mandi lagi. Suka hati je nak gelar kita sebagai binatang itu,”tambah Izni lagi.

Dia paling pantang jika ada orang yang mengelarnya sebegitu. Masakan dirinya yang cantik ini boleh dibandingkan dengan kerbau. Huh, sungguh tidak padan sama sekali.

Encik Shahril tahu apabila Izni tidak membahasakan dirinya sebagai baby lagi itu bermaksud anaknya itu sedang marah. Dia sudah masak benar dengan perangai anak gadis itu.

“ Alah, anak papa ni. Garang betul! Dahlah, pergi mandi. Busuk macam kerbau,” ujar Encik Shahril sambil mengusir Izni.

“ Yalah-yalah. Lagipun baby ada temu janji dengan kawan lama baby. Dah lama kita orang tak jumpa. Lagipun dia pun dah nak kahwin. Inilah masanya kita orang lepaskan rindu masing-masing,” beritahu Izni dengan gembira sambil menuju ke bilik tidurnya.

Tidak sabar dia ingin bertemu dengan temannya. Pasti temannya itu banyak berubah. Lima tahun mereka tidak ketemu pasti sudah banyak perubahan yang berlaku. Dia juga ingin menceritakan tentang masalahnya kepada temannya yang bernama Sara itu.

“ I miss you so much, Sara,” jerit Izni tanpa menghiraukan pelanggan di restoran itu. Dia tidak kisah semua itu asalkan rindunya pada Sara berbalas.

“ I miss you too, baby,” jerit Sara juga sambil berpelukkan dengan Izni. Dia tidak sangka yang dia akan bertemu dengan Izni. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu akhirnya ketemu juga.

Izni dan Sara duduk di meja makan yang terselidung sedikit dari orang ramai supaya senang untuk mereka bercerita. Mereka makan sambil berbual-bual kosong.

“ Macam mana kau sekarang? Sihat?,” Tanya Sara pada Izni dan teryata pertanyaannya itu membuatkan Izni air muka Izni berubah.

“ Not good,” beritahu Izni sambil menutup mukanya dengan telapak tangan.

“ Why, dear? Please tell me,” pujuk Sara. Dia mahu beban yang ditanggung oleh Izni berkurangan setelah meluahkan segalanya. Dia tidak mahu sahabatnya yang dulu seorang yang periang berubah menjadi murung.

“ A..aku tak tahu macam mana nak bagitahu kau. Fikiran aku kusut,” luah Izni. Dia mahu menangis tetapi ditahan air mata itu supaya tidak terkeluar. Akhirnya air jernih  itu keluar jua. Dia tidak setabah yang disangka. Izni menangis teresak-esak dibahu Sara.

“ Apa masalah kau ni? Cuba kau cerita sikit. Aku risau tengok keadaan kau macam, tahu tak?,” tanya Sara sambil mengusap belakang Izni lembut. Dia geram dengan sikap Izni yang suka berdiam diri.

“ Papa aku..”

“ Haah.. kenapa dengan papa kau? Dia sakit ke?,” tanya Sara. Belum sempat Izni menghabiskan bicaranya, Sara sudah memotong.

“ Ishh, kau ni. Agak-agaklah kalau nak cakap pun. Aku belum habis cakap lagi, kan? Nasiblah Azim dapat bakal isteri macam kau ni. Suka memotong!,”marah Izni dengan sikap Sara yang suka memotong itu.

“Papa aku suruh aku kahwin dengan anak Datuk Khalid tu tapi aku langsung tak kenal siapa si Kairi tu. Lagipun, aku muda lagilah,” tambah Izni lagi.

“ Umur dua puluh empat tahun kau kata muda? Kepala otak kau! Memang patut pun kau kena kahwin. Dah boleh jadi mak orang pun,” beritahu Sara. Dia tidak menyokong apa yang dikatakan oleh Izni sebentar tadi.

“ Alah kau ni, bukan nak bantu aku tapi menambah beban lagi adalah. Aku tak kira, kau kena juga tolong aku. Kalau tak aku ceraikan kau dengan talak satu dan kau kena bagi dekat aku anak buah sepuluh orang. Apa macam?,” ugut Izni sambil tersenyum nakal.

“ Alah kau ni, main ugut-ugut pulak. Takpa-takpa, aku akan tolong hang tapi hang kenalah berkorban sikit,”beritahu Sara dengan loghat kedahnya itu.

“ Berkorban? Haah, apa dia? Aku sanggup!,” tanya Izni dengan bersemangat.

“ Betul kau sanggup?,” tanya Sara ingin memastikan apa yang diberitahu Izni tadi benar.

“ Betullah, apasal kau ingat aku main-main ke, haah?,”marah Izni pada Sara seolah-olah dia bergurau.

“ Aku cuma nak pastikan apa yang kau kata tadi betul ke tak, itu je. Hmm, aku rasa kau kena berubahlah,”beritahu Sara.

“ Berubah? Maksud kau?”

“ Ya, kau kena berubah. Aku rasa kau kena tukar cara penampilan kau yang sekarang ni,” tambah Sara lagi.

“ Nak ubah macam mana lagi cik adik oit? Cantiklah, apa yang aku pakai ni. Takkan kau nak aku pakai baju kebaya pulak? Huh, tak naklah aku,” tanya Izni sambil buat muka blur.

“ Haah, itulah yang aku maksudkan,”beritahu Sara sambil tersenyum penuh makna.

   Misi berjalan.