Thursday 7 November 2013

3 Perkara yang disukai Rasulullah dan Para Sahabat

Assalamualaikum..

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat-sahabatnya dan bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:“Apa yang kamu suka dari dunia ini?”

Dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra.“Aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1. Duduk bersamamu Rasulullah
2. Melihat wajah Mu ya Rasulullah
3.Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah "

Lalu Rasulullah bertanya dengan Saidina Umar ra.“Bagaimana pula dengan mu ya Umar?”Jawab saidina Omar“Ada 3 perkara juga yang aku suka:
1.Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2 .Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan
3.Berkata yang benar walaupun pahit ''

“Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?”Berkata Saidina Uthman“Ada 3 perkara yang aku suka:
1. Memberi makan
2.Memberi salam
3.Bersolat malam di waktu manusia tidur "

“Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?”“Aku juga cintakan 3 perkara:
1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dengan pedang "

Kemudian bertanya Rasulullah pada Abu dzar “Apa yang kamu suka di dunia ini?”Berkata saidina Abu Dzar“Aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.Lapar
2.Sakit
3.Mati "

Kemudian Rasulullah bertanya, “Kenapa wahai Abu Dzar?”Berkata saidina Abu Dzar, “Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati..Aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosa2 ku...Aku sukakn maut kerana untuk bertemu Tuhanku”.. 

Kemudian bersabdalah Rasulullah saw “Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1.Wangi-wangian
2.Wanita yg solehah
3.Solat menjadi penyejuk hati ku''

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah dan para sahabat. Kemudian malaikat Jibril mengatakan “Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:1.Menyampaikan risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap orang miskin "

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi lagi ke bumi dan berkata“Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua dan ALLAH swt berkata: Sesungguhnya ALLAH suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1.Lidah yang sentiasa berzikir
2.Hati yang sentiasa khusyuk
3.Jasad yang sabar menanggung ujian.''



Friday 2 August 2013

Punca Hidung Berdarah

Assalamualaikum..

Hari ini AN nak kongsikan tentang hidung berdarahHidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan. Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.


PUNCA

Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
  1. Selsema
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. Alahan
  4. Menghembus nafas terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan


JENIS-JENIS
Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:
  1. Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
  2. Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun.


CARA MERAWAT

1. Hentikan hidung berdarah dengan cara:
☂ Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.

☂ Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).

 Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.

 Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.



2. Cegah hidung daripada berdarah semula:
 Jangan menghembus hidung.
 Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.


3. Berjumpa doktor:
 Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
  • Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
  • Berasa hendak pitam atau pengsan.



Wednesday 24 July 2013

Kisah Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum..

 Hari ini hati AN terdetik nak menceritakan kisah tentang nabi Muhammad s.a.w. AN teringin sangat nak jumpa nabi Muhammad..tapi kalau kita nak jumpa beliau ..kenalah banyak-banyak berselawat keatas nabi dan ikut sunnah- Nya. Betul tak?

Pada waktu umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda berusia 7 bulan dalam kandungan ibunya. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad

Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Ummu Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga. Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Turunnya Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekalian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.
Dakwah Secara Terang-terangan

Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Hijrah Ke Madinah

Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w sendiri.
Negara Islam Madinah

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."
Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.



Monday 17 June 2013

Mengapa ikan tak ada lidah?

Assalamualaikum..

Baru AN teringat yang hari tuu ada seorang penulis novel tanya pada kawan-kawannya 'Mengapa ikan tak ada lidah'. AN tengok macam-macam jawapan yang dia orang kasi. Ada yang kata sebab ikan tak kunyah makananlah.. semua jawapan yang dia orang bagi tuu semua salah.. kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang just baca ayat dibawah ni ye.. Semoga apa yang AN bagi dekat korang ni memberi manfaat buat semua yang membaca ni.

Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.”Pabila di tanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya,”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?” Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi ,iblis terus menuju ke laut dan pertama yang di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya ” sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.” 

P/s : Mahasuci Allah luasnya ilmuMu..

Saturday 1 June 2013

Benci Tapi CINTA- BAB 2

IZNI duduk dikatil sambil memikirkan nasib dirinya. Mengapa semua ini harus berlaku kepada dirinya? Kenapa bukan orang lain? Haruskah dia menolak takdir yang Allah tentukan. Izni beristighfar kerana kelalaiannya terhadap Allah. Mulutnya terkumat-kamit menyebut nama Allah. Bunyi mesej masuk telah mematikan lamunannya. Dia berlari anak menuju ke meja solek untuk mengambil telefon bimbitnya. Dia melihat satu number yang tidak dikenalinya. Dia membaca mesej itu dengan perasaan yang tertanya-tanya.

  Jikalau kita tidak mampu menjadi pensil warna untuk melukis kegembiraan seseorang. Cubalah menjadi pemadam yang boleh memadam kesedihan seseorang.

 “ Aikk, siapa pulak yang hantar ayat jiwang dekat aku ni? Dia ingat aku jenis yang berjiwang kot? Atau dia ni silap hantar mesej?” bisik hati Izni. Tidak lama kemudian, Izni membalas mesej tersebut.

   Assalamualaikum, awak ni siapa dan saya rasa awak silap hantar mesej la?

Beberapa minit kemudian bunyi bip menandakan mesej sedang masuk..

   Andai kau dapat melihat hatiku..andai saja kau dapat membaca fikiranku.. betapa ruang jiwaku penuh dengan bayanganmu yang sentiasa menghiasi hari-hariku..

“ Lah, aku bukan nak ayat jiwang karat kau tapi aku nak tahu kau tu siapa.”marah Izni pada orang yang menganggu hari minggunya. Izni membalas mesej tersebut dengan mesej yang seakan sama dengan mesej yang di hantar tadi.

   Awak ni siapa dan saya tak kenal awak. Stop hantar ayat jiwang pada saya! Geli tau!

Selalunya lelaki yang hantar ayat jiwang macam ini pada perempuan. Pasti lelaki itu sedang menghantar mesej untuk teman wanitanya tetapi terdail numbernya. Izni berkira-kira hendak menghantar sesuatu pada lelaki itu tetapi baru sahaja dia hendak menekan butang send, mesej dari lelaki itu masuk. “ Ishh, dia ni, baru aku nak hantar mesej. Sibuk sungguhlah dia ni.”

   Saya merindui seseorang yang tak pernah merindui saya.. dan ternyata ia amat menyakitkan hati..


SUDAH berhari-hari Izni diganggu oleh number yang tidak dikenalinya dan sudah berhari-hari juga dia stress disebabkan mesej yang dihantar oleh lelaki itu. Lelaki itu seperti mengenalinya tapi siapakah lelaki itu? Pernah sekali Izni menerima mesej dari orang yang sama dan lelaki itu mengakui bahawa dia mengenali Izni. Setahu Izni, dia jenis perempuan yang tidak bergaul dengan lelaki melainkan seseorang itu. Kalaulah teman lamanya itu mengenalinya, tapi mengapa dia tidak memberitahu secara berterus-terang. Dia benci dipermain sebegitu.

“Hai, anak papa. Mengelamun jauh nampak. Baby nie duduk rumah je, bukan buat apa-apapun. Kalau tolong bibik dekat dapur kan bagus,”sergah Encik Shahril pada Izni yang sedang enak berbaring di sofa itu.

“ Ohh, mak kau jatuh longkang keluar longkang! Papa ni suka bagi baby terkejut tau, Kalau baby ada sakit jantung macam mana? Papa suka baby mati?” marah Izni sambil mencium tangan papanya. Walaupun dia marah pada papanya tetapi rasa hormat pada orang tua itu tetap ada. Izni sedar bahawa tanpa mama dan papanya siapalah dia.

“Alah, anak manja papa ni tak akan mati terkejut pun. Lagipun siapa suruh mengelamun jauh sangat.” bidas Encik Shahril.

“ Yalah-yalah, baby tahu baby yang salah,”balas Izni seakan merajuk.

“Ishh, baby ni cepat sangat nak merajuk. Papa bergurau je. Takkan itu pun nak terasa. Hmm, baby dah fikir masak-masak tentang perbincangan kita hari tu?,”soal Encik Shahril dengan perasaan takut-takut. Masakan dia tidak takut, andai sahaja Izni menolak permintaannya itu. Habis syarikat dan keluarganya macam mana?
Izni terkejut dengan apa yang dikatakan oleh papanya itu. Dia mendiamkan diri seketika dan tidak lama kemudian dia mengangguk kepala tanda bersetuju dengan permintaan papanya.

“ Baby buat semua ni demi syarikat dan keluarga kita. Kalau tak ada syarikat macam mana papa nak sara keluarga ni. Mana kita kita nak dapat duit. Lagipun perkerjaan sekarang susah nak cari,”luah Izni ikhlas.

Encik Shahril mengakui bahawa ada benarnya apa yang dikatakan oleh Izni sebentar tadi. Dia tidak sanggup kehilangan semua itu.

“ Terima kasih sangat-sangat sebab baby sanggup tolong papa walaupun hal ni melibatkan masa depan baby sendiri. Kalau tak ada baby, papa tak tahu macam mana keluarga kita sekarang. Pasti sudah merempat,” luah Encik Shahril sayu.

“ Papa,”panggil Izni lembut.

“ Kenapa baby”

“ Baby minta maaf sebab hari tu baby ada marahkan papa. Baby tahu baby tak sepatutnya marahkan papa. Baby ni anak yang terlalu pentingkan diri sendiri. Tak pernah fikir pasal keluarga macam papa fikirkan pasal keluarga kita,” luah Izni dengan suara yang lirih.

“ Alah baby ni, macamlah tak kenal papa. Papa faham perasaan anak papa. Mana ada perempuan yang mahu dikahwinkan dengan lelaki yang tidak dikenalinya, kan? Tapi mahu tidak mahu terserah pada diri seseorang itu sendiri,” jelas Encik Shahril pada Izni. Dia cukup bersyukur kerana Izni tidak menolak permintaannya.

“ Terima kasih papa sebab faham perasaan baby,” ujar Izni.

“ Ehh, dalam rumah kita ni ada kerbaulah. Baby perasan tak?,”soal Encik Shahril.

Kebau? Izni cuba mengerti apa yang dikatakan oleh papanya sambil jari runcing itu mengetuk kepalanya beberapa kali. Kini barulah dia mengerti yang sedang dikatakan oleh papanya itu. Papanya itu sedang menyindirnya. Tidak lama kemudian bergegar banglo Encik Shahril dengan jeritan Izni.

“ Papa!,” jerit Izni lantang.

“ Sampai hati papa gelar Izni kerbau. Mentang-mentanglah kita ni tak mandi lagi. Suka hati je nak gelar kita sebagai binatang itu,”tambah Izni lagi.

Dia paling pantang jika ada orang yang mengelarnya sebegitu. Masakan dirinya yang cantik ini boleh dibandingkan dengan kerbau. Huh, sungguh tidak padan sama sekali.

Encik Shahril tahu apabila Izni tidak membahasakan dirinya sebagai baby lagi itu bermaksud anaknya itu sedang marah. Dia sudah masak benar dengan perangai anak gadis itu.

“ Alah, anak papa ni. Garang betul! Dahlah, pergi mandi. Busuk macam kerbau,” ujar Encik Shahril sambil mengusir Izni.

“ Yalah-yalah. Lagipun baby ada temu janji dengan kawan lama baby. Dah lama kita orang tak jumpa. Lagipun dia pun dah nak kahwin. Inilah masanya kita orang lepaskan rindu masing-masing,” beritahu Izni dengan gembira sambil menuju ke bilik tidurnya.

Tidak sabar dia ingin bertemu dengan temannya. Pasti temannya itu banyak berubah. Lima tahun mereka tidak ketemu pasti sudah banyak perubahan yang berlaku. Dia juga ingin menceritakan tentang masalahnya kepada temannya yang bernama Sara itu.

“ I miss you so much, Sara,” jerit Izni tanpa menghiraukan pelanggan di restoran itu. Dia tidak kisah semua itu asalkan rindunya pada Sara berbalas.

“ I miss you too, baby,” jerit Sara juga sambil berpelukkan dengan Izni. Dia tidak sangka yang dia akan bertemu dengan Izni. Sudah beberapa tahun mereka tidak bertemu akhirnya ketemu juga.

Izni dan Sara duduk di meja makan yang terselidung sedikit dari orang ramai supaya senang untuk mereka bercerita. Mereka makan sambil berbual-bual kosong.

“ Macam mana kau sekarang? Sihat?,” Tanya Sara pada Izni dan teryata pertanyaannya itu membuatkan Izni air muka Izni berubah.

“ Not good,” beritahu Izni sambil menutup mukanya dengan telapak tangan.

“ Why, dear? Please tell me,” pujuk Sara. Dia mahu beban yang ditanggung oleh Izni berkurangan setelah meluahkan segalanya. Dia tidak mahu sahabatnya yang dulu seorang yang periang berubah menjadi murung.

“ A..aku tak tahu macam mana nak bagitahu kau. Fikiran aku kusut,” luah Izni. Dia mahu menangis tetapi ditahan air mata itu supaya tidak terkeluar. Akhirnya air jernih  itu keluar jua. Dia tidak setabah yang disangka. Izni menangis teresak-esak dibahu Sara.

“ Apa masalah kau ni? Cuba kau cerita sikit. Aku risau tengok keadaan kau macam, tahu tak?,” tanya Sara sambil mengusap belakang Izni lembut. Dia geram dengan sikap Izni yang suka berdiam diri.

“ Papa aku..”

“ Haah.. kenapa dengan papa kau? Dia sakit ke?,” tanya Sara. Belum sempat Izni menghabiskan bicaranya, Sara sudah memotong.

“ Ishh, kau ni. Agak-agaklah kalau nak cakap pun. Aku belum habis cakap lagi, kan? Nasiblah Azim dapat bakal isteri macam kau ni. Suka memotong!,”marah Izni dengan sikap Sara yang suka memotong itu.

“Papa aku suruh aku kahwin dengan anak Datuk Khalid tu tapi aku langsung tak kenal siapa si Kairi tu. Lagipun, aku muda lagilah,” tambah Izni lagi.

“ Umur dua puluh empat tahun kau kata muda? Kepala otak kau! Memang patut pun kau kena kahwin. Dah boleh jadi mak orang pun,” beritahu Sara. Dia tidak menyokong apa yang dikatakan oleh Izni sebentar tadi.

“ Alah kau ni, bukan nak bantu aku tapi menambah beban lagi adalah. Aku tak kira, kau kena juga tolong aku. Kalau tak aku ceraikan kau dengan talak satu dan kau kena bagi dekat aku anak buah sepuluh orang. Apa macam?,” ugut Izni sambil tersenyum nakal.

“ Alah kau ni, main ugut-ugut pulak. Takpa-takpa, aku akan tolong hang tapi hang kenalah berkorban sikit,”beritahu Sara dengan loghat kedahnya itu.

“ Berkorban? Haah, apa dia? Aku sanggup!,” tanya Izni dengan bersemangat.

“ Betul kau sanggup?,” tanya Sara ingin memastikan apa yang diberitahu Izni tadi benar.

“ Betullah, apasal kau ingat aku main-main ke, haah?,”marah Izni pada Sara seolah-olah dia bergurau.

“ Aku cuma nak pastikan apa yang kau kata tadi betul ke tak, itu je. Hmm, aku rasa kau kena berubahlah,”beritahu Sara.

“ Berubah? Maksud kau?”

“ Ya, kau kena berubah. Aku rasa kau kena tukar cara penampilan kau yang sekarang ni,” tambah Sara lagi.

“ Nak ubah macam mana lagi cik adik oit? Cantiklah, apa yang aku pakai ni. Takkan kau nak aku pakai baju kebaya pulak? Huh, tak naklah aku,” tanya Izni sambil buat muka blur.

“ Haah, itulah yang aku maksudkan,”beritahu Sara sambil tersenyum penuh makna.

   Misi berjalan.

Thursday 18 April 2013

Sinopsis Benci Tapi CINTA

Disebabkan hutang papanya Izni Amira dengan daddy Kairi Iskandar, Izni terpaksa berkahwin dengan Kairi bagi melangsaikan hutang papanya. Dia rela berkorban apa saja untuk keluarganya, walaupun itu semua melibatkan masa depannya sendiri.

 '' Baby, papa minta maaf sebab buat baby macam ni tapi papa tak ada pilihan lain selain menikahkan baby dengan Kairi,"luah Encik Shahril sayu.

 '' Kenapa semua keluarga kau panggil kau baby? Baby tuu macam budak-budak je, sama dengan muka kau yang macam budak-budak tuu. " ~ Kairi Iskandar

Eleh, mamat ini. Suka hati aku la, papa nak panggil apa pun bukan masalah dia pun. '' Sebab aku ni kan anak bongsu papa, so papa panggil aku baby la. ke kau pun nak papa panggil kau baby. " ~ Izni Amira

 " Sayang, sebenarnya abang dah lama nak cakap yang abang dah jatuh cinta dekat sayang tapi abang nak tunggu masa yang tepat dulu..tup-tup dah terlepas cakap." ~ Kairi Iskandar

 "Kata benci tapi kenapa cakap cinta..kalau dah cinta, cakaplah cinta.." ~Izni Amira

 " Mira, I tetap akan tunggu you walaupun you dah jadi isteri orang " ~ Syazwan

Tak sangka dalam benci ada juga cinta. Kalau Izni memilih Kairi, bagaimana pula dengan Syazwan yang sentiasa meraih cinta Izni walaupun dia tahu Izni ialah hak orang lain? Siapakah yang akan Izni pilih? Kairi atau Syazwan?

Saturday 13 April 2013

Benci Tapi CINTA- BAB 1

AWAN yang mendung menandakan hari hendak hujan dan tidak lama kemudian turunlah hujan seperti air mata yang membasahi pipi. Hatinya gusar memikirkan hal yang diberi tahu oleh papanya sebentar tadi. Angin yang sepoi-sepoi seperti mengusap pipinya itu cukup mendamaikan hatinya yang sedang kegusaran. Dia mengeluh seketika sambil menarik nafas, lalu dihembus kembali nafas itu. Dia duduk dibalkoni sambil memandang langit yang gelap, lalu fikirannya berputar kembali pada hal yang dikatakan oleh papanya itu.


 “Baby, baby kena tolong papa. Syarikat papa sedang ada masalah sekarang ni, cuma baby je yang papa ada buat masa sekarang,” luah Encik Shahril.


 “ Kenapa mesti Baby pulak, abang Im kan ada. Papa suruh je abang Im buat, kan senang. Lagi pun, Baby mana tahu kerja-kerja kat syarikat tu,”balas Izni lembut.


 “Baby jangan risau, papa tak suruh Baby buat kerja kat syarikat tu pun tapi papa nak Baby kahwin dengan anak kawan papa. Boleh tak?,”tanya Encik Shahril seakan memujuk.


“What! Kahwin? Papa nak Baby kahwin dengan siapa? Baby tak kenal dia pun papa. Lagipun, Baby muda lagilah dan kenapa Baby nak kena kahwin dengan dia pulak?,”tanya Izni bertalu-talu. Tidak mungkin dia mahu mendirikan rumah tangga dalam usia semuda ini. Umurnya baru hendak masuk 24 tahun dan dia sudah berjanji pada dirinya yang dia tidak akan mendirikan rumah tangga selagi umurnya tidak mencecah 26 tahun, apatah lagi bersama dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Apa pandangan rakan-rakannya jika dia berkahwin dalam usia semuda ini? Pasti rakan-rakannya akan menyangka yang dia sedang mengandungkan anak haram dan disebabkan itu dia dinikahkan oleh ibubapanya bagi menutup malu. Oh, tidak!


“ Sebenarnya, papa ada berhutang dengan syarikat daddy Kairi. Papa cakap, bila papa ada duit nanti papa nak ganti balik hutang mereka tapi daddy Kairi tak bagi papa bayar sebab dia nak Baby kahwin dengan anak dia. Dia kata, anak dia tu sampai sekarang tak nikah-nikah. So, dia ambil keputusan untuk nikahkan Baby dengan anak dia. Papa tengok Kairi tu okay je. Dah lah handsome, baik pulak tu. Sesuai dengan anak bongsu papa ni,”luah Encik Shahril sambil bergurau dengan Izni.


 “Baby tak kisah semua tu, yang pentingnya Baby tak nak kahwin!,”bentak Izni geram sambil berlari memanjat tangga lalu dihempas kuat pintu biliknya.


Bunyi guruh yang kuat telah mematikan lamunannya. Serta-merta wajah papanya hilang dari kotak fikirannya. Sebelun dia memanjat katil, sempat lagi hatinya berkata. “Kalau aku tak selamatkan syarikat papa, siapa lagi yang nak selamatkam syarikat papa?”. Dia benar-benar berada didalam dilema. Malam itu, dia tidur dengan hati yang gusar. Semoga hatinya kuat untuk menghadapi semua ini, doanya Izni.



DI suatu tempat yang agak terselindung, Kairi melihat ada seorang wanita yang sedang tersedu-sedu menangis. Apa yang menyebabkan wanita itu menangis. Pasti wanita itu sedang mengenangkan nasib diri yang dihadapinya, sama seperti dia. Dia pun pergi mendekati wanita itu untuk menanyakan kenapa wanita itu menangis. “Assalamualaikum, awak okay ke?,”tanya Kairi lembut. Namun, petanyaan yang diajukan untuk wanita itu dibiarkan tidak berjawab. Tidak lama kemudian wanita itu menjawab petanyaan Kairi.


 “Waalaikumusalam,”jawab perempuan itu lalu kembali seperti tadi.


 “Awak tak takut ke malam-malam duduk sorang-sorang dekat sini? Kenapa awak menangis? Kalau awak tak kisah saya boleh hantarkan awak pulang? Rumah awak dekat mana? Nama awak siapa?,”tanya Kairi bertalu-talu tanpa memikirkan perasaan orang disebelahnya.


Disebabkan petanyaan yang diajukan oleh Kairi tidak berjawab, dia pun menanyakan soalan yang sama seperti tadi. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, wanita itu sudah memotongnya.


 “Awak tak perlu hantar saya sebab saya boleh balik sendiri. Nama saya Izni Amira,”jawab Izni malas.


 “ Hmm, sedap nama awak. Nama saya pula Kairi Iskandar. Nice to meet you,”beritahu Kairi sambil tersenyum riang.


  “Nice to meet you too,”balas Izni sambil memaniskan mukanya.


 “Saya nak panggil apa dekat awak?,”soal Kairi lembut.


 “ Apa-apa ja,”jawab Izni sepatah.


  “Hmm, saya panggil awak Izni. Okay tak?,”Tanya Kairi lagi.


  “ Hmm.. kalau nak biarkan mamat ni cakap, sampai esok pun tak habis. Lalu Izni mengambil keputusan untuk beredar dari tempat itu tanpa pengetahuan Kairi.


 Baru sahaja Kairi hendak menoleh memandang Izni untuk menanyakan sesuatu tetapi Izni sudah tidak ada di tempat itu. “ Terlepaslah aku,”bisik hati Kairi.